Pergh Terbaiklah! Telegram Buat Perkembangan Baharu Untuk Kripto!

386

“Nampaklah usaha Telegram ni tak nak ketinggalan dalam dunia kripto.”

Aplikasi pemesejan Telegram memaklumkan kepada para pelanggan bahawa fungsi wallet kini menyokong Tether (USDT) dan Tron (TRX) yang dikenali sebagai TRC20.

TRX pada masa ini sedang berusaha menjadi Internet decentralized melalui blockchain mereka yang kos rendah dan kelajuan tinggi.

Namun, pengguna boleh menggunakan stablecoin pada rangkaiannya, di mana mereka dibenarkan membeli, menukar dan membuat dagangan peer-to-peer (P2P) dengan TRC20, ulas Telegram sambil menambah pelanggan mampu hantar terus USDT kepada rakan tanpa yuran transaksi.

Secara umumnya, aplikasi Telegram telah memperkenalkan kripto pada tahun 2018 dengan melancarkan Telegram Open Network (TON) tetapi malangnya projek tersebut ditinggalkan pada 2020.

Hal ini kerana Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) berkata bahawa tawaran syiling awal (ICO) untuk projek tersebut adalah menyalahi undang-undang.

Sunggguhpun Telegram telah membelakanginya, projek itu tetap dihidupkan oleh TON Foundation susulan pengguna masih boleh membeli, menjual dan menghantar aset digital tersebut pada aplikasi Telegram.

Selain itu, Telegram turut membenarkan pengguna membeli Bitcoin (BTC) melalui aplikasinya seterusnya menghantar aset digital tersebut kepada pengguna lain atau wallet, tetapi ia sama sekali tidak boleh keluarkan duit secara tunai.

Walaupun tidak dapat ditukarkan kepada wang fiat, BTC yang dibeli oleh pengguna itu berupaya ditukarkan ke aset digital TON.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat