Perghh! Binance NFT Marketplace Umum Sokongan Untuk Rangkaian Polygon

87

Polygon kini menjadi sebahagian blockchain yang disokong oleh Binance NFT, bahagian NFT pertukaran mata wang kripto Binance. Langkah ini dipercayai akan membantu ekosistem NFT komuniti Binance berkembang lebih jauh.

Pengguna pasaran Binance NFT kini boleh menggunakan akaun Binance mereka untuk berdagang NFT pada blok lain, termasuk Ethereum, BNB Smart Chain dan Polygon. Perkara ini dapat direalisasikan berikutan integrasi baharu.

Binance walaubagaimanapun masih mengambil pendekatan berhati-hati untuk menyenaraikan NFT walaupun disamping pededahan ini. Pasaran NFT memaklumkan bahawa tidak semua koleksi NFT akan dapat diakses serta-merta. Hanya koleksi ERC-721 khusus dalam rangkaian Polygon yang boleh diakses pada pasaran Binance NFT buat masa ini.

Pada 19 Januari, platform NFT berkata ia akan menyahsenarai NFT dengan jumlah dagangan harian di bawah $1,000. Selain itu, bilangan NFT yang mungkin dihasilkan oleh pencipta setiap hari dihadkan oleh pertukaran. Binance juga berkata ia akan sentiasa memeriksa penyenaraian NFT dan mencadangkan menyahsenarai NFT yang tidak sepadan dengan keperluannya.

Dalam masa yang sama Binance juga memberi perhatian pada AI kerana ia menjadi lebih berguna dalam ekosistem Web3. Ketua Pegawai Eksekutif Binance Changpeng Zhao berkata pada 2 Mac bahawa penjana NFT yang dikuasakan kecerdasan buatan syarikat Bicasso telah disiarkan secara langsung dan menghasilkan 10,000 NFT dalam masa 2.5 jam.

Kejayaan awal AI itu dibayangi oleh kontroversi yang terpalit dari awal. Salah seorang pemenang hackathon dari BNB Chain mendakwa Binance mencuri dan menyalin produk mereka Chatcasso sehari selepas Bicasso dikeluarkan. Namun begitu, Binance menafikan hal tersebut dan jurucakap Binance menyatakan Bicasso dicipta secara bebas lebih daripada dua minggu sebelum hackathon.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat