Perghh! Coinbase Airdrop 601 Juta Kripto Ini Kepada Pemegang XRP!

236

“Sangat menghampakan, kripto ini tetap tak dapat sambutan walaupun selepas airdrop.”

Syarikat gergasi exchanger mata wang kripto Coinbase pada hari Jumaat lepas mengumumkan bahawa mereka telah menyelesaikan airdrop token Flare (FLR) yang paling dinanti-nantikan.

Dilaporkan, Coinbase bertindak mengedarkan lebih 601 juta FLR kepada beberapa pemegang Ripple (XRP) yang layak, tetapi malangnya harga aset digital tersebut tetap tidak membuat sebarang kenaikan ketara.

Setelah disenaraikan di bawah label percubaan, Coinbase telah membenarkan pemindahan keluar FLR pada platform mereka sementara aktiviti perdagangan boleh bermula sekiranya semua syarat liquidity dipenuhi.

Coinbase turut memaklumkan bahawa para pengguna berupaya memperdagangkan aset kripto baharu ataupun punyai volum dagangan rendah yang telah disenaraikan.

Meskipun begitu, syarikat tersebut tetap menasihatkan pengguna supaya berhati-hati susulan aset kripto berikut mungkin memiliki beberapa risiko seperti perubahan harga drastik, orders dibatalkan dan lain-lain.

Coinbase menekankan bahawa airdrop FLR adalah berdasarkan baki XRP yang dibentangkan di bursa pada 12 Disember 2020, di mana catuan pengagihan ialah 1.0073 FLR untuk setiap 1 XRP X 0.15.

Walau bagaimanapun, harga FLR tidak memberi kesan sangat selepas terdapatnya airdrop daripada Coinbase susulan aset digital tersebut tergelincir sekitar 3% pada paras $0.000410 dalam tempoh 24 jam lalu.

Sementara harga XRP pula menyusut sebanyak 0.79% pada paras $0.51 dalam masa 24 jam terakhir dan melonjak 2.07% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat