Perghh! Pedagang NFT Sanggup Jual BAYC Untuk Beli Kripto PEPE!

151

“Mula-mula memang banyak orang minat, takut lama-lama nanti kripto ni dah takde hype.”

Enggan ketinggalan, beberapa pedagang bertindak menjual koleksi non-fungible token (NFT) Bored Ape Yacht Club (BAYC) mereka pada harga diskaun untuk melabur dalam memecoin PEPE yang telah melonjak 600% dalam tempoh dua minggu lalu.

Menurut pengguna Twitter terkenal digelar Cirrus, terdapat pedagang yang menjual sebanyak 14 NFT BAYC pada hujung minggu lepas bagi menjana keuntungan sekitar $1.2 juta untuk membeli PEPE yang sejak kebelakangan ini raih populariti.

Walaupun beberapa pihak berpandangan melabur dalam memecoin dapat memperoleh keuntungan agak lumayan, sesetengahnya pula percaya aset digital sebegitu mempunyai risiko kerugian yang tinggi, ulas Cirrus lagi.

Susulan ingin menyertai ekosistem PEPE, whales kripto turut menukar WBTC bernilai $590,000, CULT $90,000, Uniswap (UNI) $235,000 dan Ethereum (ETH) berharga $37,000 untuk mendapatkan 1.72 trilion PEPE.

Umum mengetahui bahawa modal pasaran PEPE pada pertengahan 5 Mei 2023 telah meningkat sehingga mencecah $1.7 bilion dan penyanyi rap Amerika Syarikat (AS) DeAndre Cortez Way atau lebih dikenali sebagai Soulja Boy didapati menjadi kaya setelah melabur dalam memecoin itu.

Pun begitu beberapa hari selepas Binance menyenaraikan PEPE dalam Zon Inovasi, memecoin tersebut menyaksikan penurunan semula dalam tempoh 24 jam lalu, di mana kini harganya berada pada paras $0.00000181.

Selain itu, Cirrus berkata bahawa beliau masih belum dapat kepastian sama ada PEPE akan meniru prestasi memecoin seperti Dogecoin (DOGE) ataupun Shiba Inu (SHIB) yang telah menarik perhatian pelabur sejak dahulu lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat