Pergi Main Jauh-jauhlah, Trump!

555

Presiden terpilih Joe Biden hari ini akan menumpukan pada rancangan untuk membaikpulih ekonomi AS yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 serta bersiap sedia untuk membentuk pentadbiran barunya, sementara Presiden Donald Trump berjanji untuk meneruskan tuntutan undang-undang beliau terhadap keputusan pilihan raya.

Berikutan dengan jumlah kes Covid-19 yang melonjak di seluruh negara, Biden akan menerima taklimat dan memberi ucapan di negeri asalnya, Delaware mengenai penstrukturan semula ekonomi yang telah mengalami kehilangan jutaan pekerjaan kerana wabak itu telah membunuh lebih dari 245,000 rakyat Amerika dan mengakibatkan penutupan banyak sektor perniagaan .

Di samping itu, penasihat saintifik Biden pula akan mengadakan pertemuan dengan syarikat farmaseutikal yang membangunkan vaksin untuk memerangi Covid-19.

Sementara itu, Trump didakwa telah mengakui kekalahan beliau melalui laman Twitternya, namun tetap akan meneruskan tuntutan undang-undang terhadap keputusan pilihan raya.

Menurut pakar undang-undang, Trump tidak akan berpeluang untuk mengubah keputusan pilihan raya, dan pegawai pilihan raya kedua-dua pihak mengatakan bahawa tiada bukti berlakunya penyelewengan.

Seterusnya, sebahagian besar tuntutan undang-undang yang diusahakan untuk menghalang Pennsylvania daripada mengesahkan keputusan didakwa telah gagal serta Biden didapati telah memenangi negeri ini dengan mencatatkan lebih daripada 60,000 undi.

Meskipun telah lebih dari seminggu Biden diisytiharkan sebagai pemenang berdasarkan jumlah undi dari negeri ke negeri, Pentadbiran Perkhidmatan Umum masih belum mengumumkannya sebagai presiden terpilih, serta menghalang pasukannya mendapatkan akses ke ruang pejabat dan dana kerajaan yang kebiasaannya diberikan kepada pentadbiran akan datang untuk memastikan peralihan yang lancar.

Selain itu, penasihat utama Biden turut mengemukakan amaran bahawa penolakan Trump untuk memulakan peralihan boleh mempengaruhi pertempuran negara tersebut untuk melawan virus dan menghalang perancangan pengedaran vaksin.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat