Pergolakan Cetus Darurat, Sri Lanka Sekat Semua Media Sosial Di Negaranya!

1,143

‘Hmmm, lepas ni makin susahlah nak sebar propaganda di Sri Lanka.’

Organisasi pemantauan internet, NetBlocks mengesahkan Sri Lanka menyekat sebarang akses kepada platfrom media sosial utama selepas kerajaannya mengumumkan darurat bagi menangani pergolakan yang semakin memuncak semasa berlaku krisis ekonomi yang besar.

NetBlocks dalam Tweet menyatakan bahawa Sri Lanka telah mengenakan sekatan media sosial di seluruh negara termasuk akses kepada Twitter, Facebook, WhatsApp, YouTube dan Instagram ketika darurat diisytiharkan semasa berlakunya bantahan yang meluas.

Turut mengesahkan perkara itu, penguasa kanan polis yang dikenali sebagai Nihal Thalduwa menyatakan Suruhanjaya Kawal Selia Telekomunikasi di Colombo mengumumkan sekatan ke atas media sosial di negara itu.

Thalduwa juga berkata seramai 644 orang ditahan kerana melanggar perintah berkurung oleh polis di Wilayah Barat, bahagian pentadbiran paling ramai penduduk di negara itu termasuk Colombo.

Umumnya, sekatan terhadap platform media sosial tersebut telah dilaksanakan selepas kerajaan Sri Lanka mengumumkan perintah berkurung bagi menangani rusuhan terhadap pengendalian kerajaan dalam krisis ekonomi yang bertukar ganas.

Ia berlangsung sehingga jam 6 pagi hari Isnin waktu tempatan.

Berbalik ke topik utama, Pengerusi Suruhanjaya Kawal Selia Telekomunikasi, Jayantha de Silva melaporkan sekatan media sosial tersebut adalah sementara dan dikenakan atas arahan khas yang diberikan oleh Kementerian Pertahanan.

Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa telah mengisytiharkan darurat pada Jumaat lalu selepas timbul kebimbangan tindakan keras terhadap protes akibat keadaan inflasi di negara itu selain isu kekurangan barang keperluan dan pemotongan kuasa.

Ia kemudian memperkenalkan sekatan terhadap media sosial bertujuan untuk kepentingan negara dan rakyat untuk mengekalkan ketenangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat