“Mesti pelabur hampa kan kalau pasaran kripto hambar juga masa akhir tahun nanti.”
Di tengah-tengah pasaran mata wang kripto menyaksikan kenaikan, penganalisis Bloomberg ETF James Seyffart dan Eric Bulchunas menjangkakan mungkin terdapat keberangkalian 65% untuk Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) meluluskan spot Bitcoin (BTC) ETF.
Suka dimaklumkan pasaran kripto telah mendaki 50% dalam tempoh beberapa minggu dan 1% beberapa bulan lalu, tetapi harga BTC masih mengekalkan momentum mendatar walaupun keyakinan terhadap pemfailan ETF semakin meningkat.
Beberapa syarikat pengurus aset seperti Blackrock, Citadel, Valkyrie dan Fidelity sedang bersaing untuk mendapatkan kelulusan spot BTC ETF manakala Grayscale pula berjuang di mahkamah menentang SEC bagi penukaran Grayscale Bitcoin Trust (GBTC) pada spot ETF.
Menurut Seyffart dan Bulchunas, Pengerusi SEC Gary Gensler bukan sahaja telah bercakap tentang kepentingan keputusan kolektif oleh semua pesuruhjaya agensi bagi meluluskan ETF malah persetujuan SEC untuk berdagang BTC tetapi bukanlah altcoin serta pemfailan BlackRock.
Sementara John Deaton iaitu peguam mewakili pemegang Ripple (XRP) dalam tuntutan antara aset digital itu dan SEC telah bersetuju dengan ramalan penganalisis tersebut yang menyatakan bahawa kemenangan Grayscale dalam kes GBTC dapat menumpaskan SEC.
Seyffart menjangkakan keputusan akhir untuk kes GBTC akan berlaku pada penghujung tahun 2023 dan ia mungkin diluluskan selepas 31 Disember 2023 tetapi sebelum 1 September 2024, namun perlu diketahui terdapat satu lagi acara penting iaitu halving BTC pada April 2024.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 2.48% pada paras $29,191 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $567 bilion seterusnya mencatatkan penurunan 0.65% sepanjang minggu lepas.