Perhatian! Ini 3 Petanda Pasaran Kripto ‘Crash’ Lepas Halving BTC!

2,085

“Korang semua jangan lupa perhatikan tau, nanti terlepas susah nanti.”

Sejurus selepas liquidations besar-besaran dalam pasaran mata wang kripto timbul disebabkan faktor makroekonomi, acara halving Bitcoin (BTC) yang bakal berlaku dalam dua hari lagi telah mencetuskan banyak spekulasi berhubung hala tuju harganya dalam masa terdekat.

Memang tidak dinafikan acara halving BTC dianggap sebagai permulaan momentum bullish, tetapi beberapa penganalisis berpendapat tahun ini mungkin lebih perlahan. Oleh itu, berikut adalah 3 tanda crash selepas acara halving BTC:

Pergerakan Whale & Miners

Sekiranya whales mengalihkan BTC daripada bursa centralized kepada penjaga lain, ia menunjukkan momentum kenaikan susulan mereka mungkin akan bertahan dalam tempoh lama.

Namun, BTC yang mengalir ke bursa boleh menyebabkan penjualan berlaku tetapi mungkin tidak terpakai kepada miners susulan mereka boleh melindungi nilai aset digital itu untuk membina kapasiti mining.

Jumlah Dagangan Dikurangkan

Penurunan secara beransur-ansur dalam volum dagangan menunjukkan sentimen pasaran berkurangan yang membawa pada fasa penurunan, jadi di sini dapat dilihat aktiviti dalam rantaian terhenti semasa pasaran bearish tetapi aliran masuk bersih dan positif meningkat.

Pada tahun 2022, volum dagangan pasaran kripto dan kewangan decentralized (DeFi) telah mengalami pengurangan ketara susulan aliran menurun menguasai naratif.

Indeks Relative Strength & Greed

RSI menunjukkan tekanan belian berbanding tekanan jualan dan diukur dari 0-100, oleh itu RSI yang lebih tinggi secara amnya bermaksud pergerakan menaik dan apabila angka jadi terlalu tinggi, ia menunjukkan kemungkinan reversal boleh berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat