Perhatian Pelabur! Kemaraan Emas Masih Belum Terhenti

440

Emas kekal didagangkan lebih tinggi  walaupun US dolar mula menunjukkan tanda-tanda untuk meningkat pada awal minggu.

Menghiasi paras tertinggi hampir 3 bulan, logam kuning itu berkilauan pada sekitar harga $1,770 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,772 per auns.

Logam kuning itu sedikit tergelincir pada pembukaan dagangan Isnin, terkesan oleh kenyataan penggubal dasar Federal Reserve, Gabenor Christopher Waller.

Ujar beliau, pelabur tidak boleh hanya melihat kepada satu data inflasi sahaja, sebaliknya penurunan seterusnya dalam data diperlukan untuk menunjukkan tekanan harga betul-betul berkurang.

Namun, komen Naib Pengerusi Fed Lael Brainard pula memberi sokongan buat emas, mengatakan bank pusat mungkin akan memperlahankan kadar pengetatannya tidak lama lagi.

Ini membuatkan dagangan emas kekal berpegang pada paras tertinggi, meskipun pada masa yang sama US dolar juga dilihat cuba untuk bangkit semula di tengah-tengah sentimen berisiko mengenai Covid-19 di China.

Pelabur kini menantikan penerbitan data inflasi pengeluar (PPI) Amerika Syarikat pada sesi New York akan datang yang dijangka kekal menunjukkan bacaan yang tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat