“Hmm adakah pengumuman itu akan buatkan harga MATIC naik tinggi?”
Komuniti mata wang kripto meluahkan keterujuaannya apabila Polygon Labs yang sedang bersiap sedia untuk penampilan menakjubkan di Asia Crypto Week telah menjanjikan akan melakukan pengumuman besar.
Antara agenda utama yang ingin dilaksanakan oleh Polygon Labs adalah Polygon 2.0, di mana ia merupakan langkah penting dalam memperkenalkan pelbagai naik taraf dan ciri untuk meningkatkan kebolehskalaan, kesalingoperasian serta pengalaman pengguna.
Selain itu, perbincangan tentang Zero-Knowledge Ethereum Virtual (zkEVM) turut dikemukakan susulan teknologi tersebut adalah kemajuan penting dalam bidang penyelesaian skala layer-2 yang menjanjikan keselamatan dan kecekapan untuk aplikasi berasaskan ETH.
Pada Mac tahun ini, zkEVM yang berupaya untuk menawarkan Mesin Maya ETH (EVM) telah mendapat pengiktirafan sebagai protokol penskalaan ETH serba boleh ekoran ia serasi dengan kontrak pintar ETH sedia ada dan Aplikasi Terdesentralisasi (dApps).
Rentetan daripada perkembangan tersebut, beta mainnet zkEVM akan menerima naik taraf besar pertamanya yang dinamakan “Dragon Fruit” atau “ForkID5”.
Polygon Chain Development Kit (CDK) yang dilancarkan baru-baru ini akan menjadi tumpuan perbincangan kerana ia dapat beri kuasa kepada pembangun mencipta blockchain sendiri dan buka peluang baharu untuk inovasi dalam ekosistem Polygon Labs.
Selain kehadirannya di Asia Crypto Week, Polygon Labs juga bakal mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Stablecoin di Asia yang akan menumpukan topik tentang penggunaan stablecoin di dunia sebenar.
Pada masa ini, harga MATIC diasaskan oleh Polygon Labs nampaknya masih menyaksikan junaman sebanyak 2.89% pada paras $0.52 dengan modal pasaran $4 bilion seterusnya tergelincir 4.59% sepanjang minggu lepas.