Perhatian Trader NZD! Ini ‘Moment’ Penting Yang Menanti Anda

547

Tumpuan utama buat trader dolar New Zealand ketika ini pastinya terarah kepada pilihan raya New Zealand pada hari esok, iaitu 17 Oktober yang bakal menyaksikan saingan antara dua calon Jacinda Ardern dari Parti Buruh dan Judith Collins dari Parti Nasional.

Pilihan raya yang sepatutnya diadakan pada bulan lepas, telah ditangguhkan disebabkan penularan wabak coronavirus di bandar terbesar New Zealand, Auckland sehingga mengakibatkan sekatan dilaksanakan.

Hasil kejayaan Perdana Menteri, Jacinda Ardern yang tegas dalam menangani krisis pandemik coronavirus dua kali berturut-turut meningkatkan lagi jangkaan bahawa beliau akan memenangi pilihan raya ini.

Hal ini dibuktikan lagi dengan tinjauan pendapat yang menunjukkan Jacinda Ardern mendahului dengan 55% sebagai perdana menteri pilihan.

Sekiranya Jacinda Ardern berjaya memenangi jawatan perdana menteri untuk penggal kedua, sentimen akan menyokong dagangan dolar New Zealand pada pembukaan awal minggu hadapan.

Pada sesi Asia hari ini, pasangan matawang dolar New Zealand berbanding US dolar didagangkan mendatar setelah mencatatkan penurunan sekitar 100 pips dari tahap ketinggian 2 minggu, dipengaruhi oleh kelemahan dolar Aussie dan pengukuhan USD.

Kira-kira 1.5 juta daripada 3.5 juta pemilih berdaftar telah memberikan suara melalui undian pos. Pengundian akan ditutup pada pukul 7.00 malam (waktu New Zealand) pada hari Sabtu, dengan keputusan sementara berkemungkinan dapat diketahui pada malam yang sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat