Perhatian Trader USD/CAD! Ini Berita Penting Untuk Anda

735

Ketegangan yang berlarutan antara Rusia dan Ukraine telah menambahkan lagi risiko dalam pasaran sehingga mendorong permintaan safe-haven meningkat tinggi dan dalam masa yang sama menyebabkan harga minyak mentah terus melonjak. Dolar Kanada telah mengukuh berbanding US dolar pada hari Selasa apabila salah satu eksport utama Kanada iaitu minyak telah mengalami lonjakan harga.

Harga minyak mencecah paras tertinggi sejak 2014 selepas Moscow mengarahkan tentera ke dua wilayah di timur Ukraine yang secara tidak langsung menambah kebimbangan bekalan. Harga minyak mentah AS meningkat 3.4% kepada $94.15 setong, manakala dolar Kanada meningkat 0.2% berbanding US dolar kepada paras dagangan 1.2722 atau 78.60 sen US dolar selepas didagangkan antara 1.2719 dan 1.2769.

Namun begitu para spekulator telah mengurangkan pertaruhan kenaikan harga mereka pada dolar Kanada berdasarkan hasil dapatan data daripada Suruhanjaya Dagangan Hadapan Komoditi A.S. Sehingga 15 Februari, posisi membeli untuk ‘long’ telah berkurangan kepada 12,170 kontrak daripada 14,886 pada minggu sebelumnya.

Sementara itu, parlimen Kanada telah menyokong keputusan Perdana Menteri Justin Trudeau untuk menggunakan kuasa kecemasan yang jarang digunakan untuk menamatkan protes berkaitan Covid-19 sehingga menyebabkan sekatan jalan di ibu negara Ottawa selama lebih tiga minggu.

Hasil bon kerajaan Kanada melonjak lebih tinggi dengan bon 10 tahun meningkat 4.6 mata asas kepada 1.922%, bergerak semula dengan melihat paras tertinggi tiga tahun yang dicatatkan pada Rabu lepas pada 1.995%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat