Perintah Berkurung Jejaskan Jualan Runcit Pada Bulan April! Ini Reaksi Pasaran!

298

Jualan runcit Kanada menjunam sebanyak 26.4% pada bulan April. Ini merupakan kejatuhan jualan runcit secara berturut-turut bagi bulan kedua ketika wabak Covid-19 melanda negara Kanada.

Penjual di kesemua 11 sub-sektor untuk pertama kalinya jatuh dalam tempoh 27 tahun, dengan kederaan bermotor dan alat gantian mencatat kesan terbanyak pada bulan April.

Penganalisis berdasarkan tinjauan Reuters hanya meramalkan bahawa jualan runcit akan jatuh sebanyak 15.1% pada bulan April, sementara anggaran Jabatan Statistik Kanada yang dikeluarkan pada bulan lalu mencatatkan ramalan kejatuhan sebanyak 15.6% Disisi lain, Jabatan Statistik Kanada menjangkakan bahawa penjualan runcit pada bulan Mei akan meningkat sebanyak 19.1%.

Pakar ekonomi Royce Mendes telah memberikan ulasan bahawa perintah berkurung yang diterapkan pada bulan April telah memberi impak besar kepada jumlah jualan dalam ekonomi. Namun masih terdapat data yang positif bahawa jualan atas talian telah melonjak naik sepanjang bulan April.

Berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistk, jualan atas talian melonjak ke paras tertinggi iaitu sebanyak 9.5%.

Matawang Kanada telah menyusut berbaning US dolar susulan laporan ini dikeluarkan sebelum mengukuh setakat jam 10.10 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat