Perjanjian Brexit Bulan Lalu Mendorong Perkembangan Positif Firma-Firma UK

515

Perjanjian peralihan UK pada bulan lepas telah berjaya mendorong peningkatan keyakinan dalam kalangan ketua kewangan syarikat-syarikat di beberapa buah negara berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada hari Isnin.

Sebuah firma perakaunan, Deloitte telah mengeluarkan laporan bahawa 27% daripada pengurus kewangan yang ditemuduga menyatakan lebih optimis berbanding pendirian mereka pada 3 bulan lepas selepas perjanjian tersebut diadakan. Sebelum perjanjian Brexit bulan lepas itu diadakan, hanya 18% sahaja yang optimis.

Perdana Menteri Theresa May dan beberapa pemimpin Kesatuan Eropah telah menyetujui pada 19 Mac bahawa hubungan perdagangan adalah tidak berubah bagi tempoh 21 bulan selepas Brexit, Mac 2019.

Deloitte teleh menemuduga 106 CFO yang terdiri dalam kalangan firma-firma utama UK dan syarikat subsidari bukan domestik. Temuduga tersebut dijalankan antara Mac 7 dan Mac 21.

Selera risiko semakin mengukuh selepas perjanjian tersebut dilaksanakan dengan 23% yang mengatakan bahawa masa sekarang adalah masa yang baik untuk mengambil risiko.

Ekonomi UK sedikit perlahan sejak referendum 2016 yang memutuskan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah.

” Brexit kekal menjadi tumpuan dalam kalangan UK CFO.” ” Perhatian terhadap kesan Brexit keatas perbelanjaan korporat masih kekal, namun ia sudah sedikit pudar.” Kata David Sproul, Deloitte.

Menurut Sproul, keyakinan perniagaan akan bergantung pada perkembangan perjanjian UK dengan Kesatuan Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat