Perjanjian Dagang Belum Berakhir! Kedua-Dua Belah Pihak Tekad Untuk Penuhi Perjanjian Dagang AS-China!

154

Ketegangan antara Amerika Syarikat (A.S) dan China dijangka akan semakin berkurangan apabila laporan terbaru pada hari Selasa melaporkan bahawa kedua-dua belah pihak telah menegaskan untuk memberi komitmen terhadap perjanjian perdagangan Fasa 1 dimana China ketika ini masih jauh dalam memenuhi janji mereka untuk membeli barangan A.S. dalam jumlah yang ditetapkan.

Ikrar tersebut dibuat melalui panggilan telefon antara Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer, Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin dan Wakil Perdana Menteri China, Liu He. Menurut Perwakilan Perdagangan A.S. (USTR), kedua-dua belah pihak telah melihat kemajuan dan berkomitmen untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan bagi memastikan kejayaan perjanjian tersebut berjaya.

Panggilan tersebut pada awalnya dijadualkan pada 15 Ogos iaitu setelah enam bulan perjanjian perdagangan dimenterai. Hal ini kerana ketegangan yang terus meningkat disebabkan kritikan Trump ke atas China berikutan penularan wabak Covid-19.

Dalam masa yang sama, Kementerian perdagangan China juga mengesahkan bahawa kedua-dua pihak telah mengadakan “dialog konstruktif” dan bersetuju untuk terus dengan pelaksanaan perjanjian perdagangan Fasa 1.

Laporan ini telah berjaya mendorong peningkatan beberap saham-saham dan matawang Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat