Perjanjian TPP Tidak Akan Lumpuh Tanpa Amerika Syarikat : Mexico

39

Perjanjian perdagangan menyeluruh bagi rantau Pasifik yang yang dikenali sebanyak perjanjian TPP berpotensi untuk diteruskan dengan membuat pelarasan terhadap isi kandungannya walaupun tanpa penyertaan daripada AS. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Menteri Ekonomi Mexico iaitu Ildefonso Guajardo pada Selasa.

TPP yang telah disifatkan oleh bekas Presiden, Barack Obama dan Jepun sebagai perjanjian yang dapat mengehadkan pengaruh China di rantau yang pesat berkembang ini boleh diteruskan walaupun tanpa Amerika Syarikat.

Selepas penarikan diri oleh AS, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam masih menyatakan kesetiaan di dalam perjanjian tersebut.

Proses menandatangani semula perjanjian akan diteliti pada sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik yang menyaksikan Vietnam sebagai tuan rumah pada tahun ini. Menteri-menteri juga akan mula mengadakan mesyuarat pada bulan Mei dan ketua negara akan berkumpul pada November.

Beberapa alternatif lain di dalam TPP juga tergantung sejak Trump menjawat jawatan sebagai Presiden pada bulan November termasuklah jemputan kepada China untuk menyertai perjanjian dan menggandakan usaha untuk menjalin perjanjian perdagangan dua hala.

Mexcio juga sedang mengkaji jalan untuk mempelbagaikan pilihan perdagangan bagi mengimbangi ancaman Trump terhadap perjanjian NAFTA yang menjadi asas besar yang mengikat dagangan Mexico, AS dan Kanada.

Trump juga sebelum ini juga dikatakan sedang merancang untuk membuat beberapa perubahan yang sangat besar untuk NAFTA atau menghapuskan perjanjian tersebut.

Guajardo juaga memaklumkan bahawa exchange rate telah bergerak kepada tahap yang lebih baik selepas reaksi keterlaluan pasaran sebelum ini.

Ini Faktor Kejatuhan Harga Minyak Global Dalam Sesi Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat