Perkampungan Nelayan Ini Tempatkan 113 Orang Bilionnaire!

6,943

‘Harapnya perkampungan nelayan di Malaysia macam dekat Terengganu pun boleh berkembang jadi bandar yang menempatkan jutawan tempatan suatu hari nanti.’

Bandar Shenzhen di China dikatakan telah menempatkan seramai 113 orang bilionnaire, sekaligus mengatasi bandar New York di Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Hurun Global Rich List, bandar Shenzhen yang dahulunya merupakan sebuah perkampungan nelayan telah bertukar menjadi sebuah bandar yang pesat membangun dan innovatif sehingga diberi jolokan ‘Silicon Valley of China‘.

Ia juga dilaporkan berjaya memasuki kedudukan 3 teratas bagi bandar yang menempatkan bilionnaire di dunia.

Laporan tersebut memperlihatkan bandar Beijing di tempat teratas dengan seramai 144 orang bilionnaire yang tinggal di sana, sementara bandar Shanghai di tempat ke-2 dengan 121 orang bilionnaire dan bandar Shenzhen di tempat ke-3 dengan menempatkan 113 orang bilionnaire.

Bandar New York pula jatuh ke tempat ke-4 dengan memiliki seramai 110 orang bilionnaire sementara bandar London di tempat ke-5, seramai 101 orang bilionnaire.

Pengerusi dan ketua penyelidik Hurun Report, Rupert Hoogewerf, menyatakan kepadatan kekayaan yang semakin meningkat di Shenzhen bukan benda baru namun ia mencerminkan ‘megatrend‘ yang akan menarik lebih ramai usahawa muda ke bandar itu.

Ringkasan mengenai bandar Shenzhen, pada 1980 semasa di bawah kepimpinan Deng Xiaoping, bandar tersebut telah dijadikan zon ekonomi khas pertama China sebagai sebahagaian daripada ‘pembaharuan dan pembukaan’ di negara itu.

Ia secara tidak langsung membolehkan badar itu bereksperimen dengan kapitalisme pasaran dalam usaha menarik pelaburan asing dan dari tahun 1979 sehingga 2021, keluaran negara kasar Shenzhen meningkat dari $28 juta kepada $475 bilion.

Pada hari ini, Shenzhen telah menjadi rumah kepada beberapa syarikat teknologi besar China seperti gergasi telekomunikasi, Huawei dan konglomerat internet, Tencent yang secara langsung memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengikutinya.

Mengambil kisah Raj Oswal seorang usahawa warga AS yang berhijrah ke Shenzhen 3 tahun lalu, beliau menyatakan bandar tersebut sangat meriah dengan perkembangan innovatif selain dipenuhi usahawan muda yang ‘optimistik‘.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat