Perkembangan Brexit – Pound Sterling Menjunam Lagi!

498

Sesi pasaran Eropah hari ini menyaksikan kejatuhan ketara nilai matawang Pound Sterling dengan penurunan berbanding dolar AS telah mencecah lebih 120 pips ke sekitar paras 1.21600.

Hal ini adalah disebabkan laporan kerajaan United Kingdom (UK) dijangka akan menutup usaha parlimen untuk menghalang situasi Brexit tanpa perjanjian.

Kerajaan UK dilaporkan telah memulakan rancangan untuk menangguhkan perbicaraan parlimen sekitar 5 minggu dengan tempoh berehat sehingga 14 Oktober. Ini akan melumpuhkan usaha parti pembangkang untuk menghalang no-deal Brexit menggunakan undang-undang.

Susulan laporan tersebut telah menyaksikan penurunan signifikan dagangan GBP berbanding pasangan matawang utama pada awal sesi Eropah bermula. Dengan itu, risiko Brexit kembali menghantui pelabur yang menyebabkan penjualan besar-besaran terhadap posisi dagangan Sterling dalam pasaran.

Penggubal undang-undang Tory, Dominic Grieve menyatakan komen beliau terhadap laporan tersebut. Beliau mengatakan tindakan PM Johnson ini akan menyukarkan beliau untuk memenangi keyakinan daripada kerajaan.

Sepertimana yang dinyatakan pada minggu lalu, Grieve yang tidak mahukan Jeremy Corbyn menduduki kerusi nombor 10 sebelum ini, tidak memiliki pilihan yang lain sekiranya mahu menghalang Brexit tanpa perjanjian. Itu yang akan menjadi dilema parti pembangkang buat waktu ini.

Pergolakan politik di UK akan kembali menekan dagangan Pound Sterling dan melenyapkan momentum lonjakan harga sebelum ini dengan harapan yang diberikan oleh kenyataan Canselor Jerman, Angela Merkel minggu lalu.

Terus pantau perkembangan Brexit di Britain untuk maklumat lebih lanjut dan dalam masa yang sama dapat mengawal risiko terhadap posisi dagangan GBP sehingga penghujung minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat