Perkembangan Perang Dagang- China Mulakan Pengecualian Cukai!

204

Pada hari ini, China telah mengumumkan senarai barangan Amerika Syarikat untuk dikecualikan daripada tarif tambahan sebanyak 25% yang dikenakan pada tahun lalu berikutan kerajaan sedang menuju kearah pengurangan impak daripada perang dagang. Walaubagaimanapun, barangan utama pertanian seperti kacang soya dan khinzir tidak dikecualikan.

Barangan farmasi dan minyak pelincir merupakan antara barangan yang dikecualikan daripada tarif import. Pengumuman ini diumumkan oleh Menteri Kewangan China di halaman web rasmi pentadbiran pada hari Rabu.

Pengecualian tarif ini akan bermula berkuatkuasa pada 17 September 2019 sehingga 16 September 2020. Sebanyak 16 kategori produk yang bernilai $1.65 billion akan dikecualikan.Disisi lain, pihak pentadbiran Amerika Syarikat juga telah mengumumkan pengecualian tarif yang bernilai $34 billion kepada beberapa fasa.

Berdasarkan laporan Global Times, China akan mengumumkan beberapa langkah bagi mengurangkan impak negatif yang terhasil daripada perang dagang sebelum senarai penuh pengecualian tarif diumumkan.

Susulan daripada laporan ini, bursa-bursa saham Amerika Syarikat telah dibuka tinggi dimana Bursa Dow Jones naik sebanyak 18.62 mata, S&P 500 naik 2.02 mata dan Nasdaq Composite naik 7.53 mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat