Perkembangan Terkini, Diam-Diam ‘Whale’ Ini Sudah Mula Memborong Jutaan Shiba Inu!

2,358

Pada tahun lalu, Shiba Inu telah mencoretkan kegemilangan kerana berjaya mencatat episod-episod penting pada tahun tesebut. Sejak dari penanda aras itu SHIB sering dikenali sebagai DOGE killer.

Matawang kripto SHIB juga telah berjaya muncul sebagai aset kripto yang paling banyak dilihat di platform CoinMarketCap pada tahun 2021, mengatasi aset kripto teratas termasuk Dogecoin (DOGE).

Walaubagaimanapun, pada awal tahun 2022 sehingga hari ini harga Shiba Inu telah jatuh dari paras harga 0.00004 kepada 0.000024. Namun begitu pembetulan pasaran kripto tidak menghalang ‘whale’ untuk mula mengorak langkah untuk menambah pegangan kripto SHIB.

WhaleStats yang merupakan indikator yang menjejak 1,000 alamat Ethereum terkaya. Indikasi itu mendapati bahawa salah satu alamat itu telah menambah pegangan hampir sebanyak 4 trilion Shiba Inu (SHIB) dalam tempoh 24 jam yang lalu yang bernilai kira-kira $89 juta.

Data tersebut menunjukkan whale yang beralamatkan ehtereum yang berkedudukan nombor 216 dari segi jumlah aset telah membeli jumlah kripto Shiba Inu yang besar. Melihat kepada pengagihan aset keseluruhan ‘Whale’ ini portfolionya terdiri daripada 31.39% SHIB 59.62% ETH, dan selebihnya tersebar dalam kalangan mata wang kripto lain seperti USDT dan Chainlink (LINK).

Semasa penulisan, harga SHIB tidak banyak menunjukkan lonjakan harga, hanya sekitar 2%-3%.Harus dimaklumi bahawa perkembangan sentimen pada ketika ini tidak banyak menyebelahi pasaran kripto.

Disisi yang berbeza NFT Shiba Inu, Shiboshis telah mengalami kejatuhan harga sebanyak 70% daripada paras tertinggi sepanjang masa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat