Perkembangan Terkini Matawang USD, JPY, EUR dan GBP dalam Sesi Eropah!

83

US Dollar merosot lebih rendah berbanding sekumpulan matawang utama yang lain pada Khamis selepas para pelabur mengambil keuntungan besar-besaran meskipun data ekonomi AS menunjukkan pengukuhan yang lebih baik dari jangkaan.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar juga kali terakhir dinilai merosot sebanyak 0.31 peratus berbanding enam matawang utama. Index ini juga menyentuh paras tertinggi pada Rabu iaitu paras paling kukuh sejak 12 Januari.

Dalam masa yang sama, data pada Rabu juga menunjukkan bahawa harga pengguna AS meningkat sebanyak 0.6 peratus pada bulan Januari yang juga merupakan peningkatan terbesar dalam tempoh hampir empat tahun.

Satu lagi laporan menunjukkan bahawa jualan runcit AS meningkat sebanyak 0.4 peratus pada bulan lepas.

Dalam sesi ini, US Dollar melemah berbanding Yen dengan USD/JPY menyusut sebanyak 0.37 peratus.

USD/JPY, 30 minit

Sementara itu, Euro melonjak lebih tinggi dengan EUR/USD meningkat sebanyak 0.27 peratus manakala GBP/USD meningkat sebanyak 0.24 peratus.

EUR/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit

Hubungan Jepun-AS Menjadi Tumpuan Dalam Masa Terdekat, Begitu Juga Dengan Panggilan Telefon Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat