Aussie melonjak tinggi dalam sesi Asia menjelang data perumahan dan kaji selidik pengguna dari China. Pasaran juga menantikan semakan dasar kadar faedah oleh Fed selama dua hari, bermula hari ini.
AUD/USD meningkat sebanyak 0.07%, manakala USD/JPY turut meningkat sederhana sebanyak 0.03%.
Australia melaporkan indeks harga rumah meningkat 1.5 peratus pada suku ketiga. Data keyakinan perniagaan NAB juga dilapor melonjak daripada bulan sebelumnya. Sebaliknya, data kajian perniagaan NAB merosot.
Sementara itu, China juga dijangka akan mengeluarkan data jualan runcit, pengeluaran perindustrian, dan pelaburan asset tetap bagi bulan November.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar juga kali terakhir dinilai pada 101.00.
Semalam, US Dollar bergerak lebih rendah berbanding matawang utama yang lain pada Isnin menjelang mesyuarat dasar Fed. Mesyuarat penting itu menjadi tumpuan berikutan prospek inflasi dan potensi kenaikan kadar pada tahun 2017.
Kenaikan kadar dijangka akan meningkatkan kenaikan permintaan bagi matawang Dollar, bagi hasil yang lebih tinggi berbanding matawang lain.