PERKESO Tingkatkan Kepentingan, Kumpul Pegangan Lebih 5% Saham Berjaya Food

186

Pertumbuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tersenarai sebagai salah satu pemegang saham utama Berjaya Food Bhd (BFood) dengan meningkatkan kepentingan syarikat kepada 5.03%.

Susulan daripada itu, PERKESO menerima sebanyak 16 juta unit saham pada 2 September melalui perjanjian langsung dan pada kini ia telah mengumpul 18 juta unit saham dalam BFood.

Pemerolehan itu juga bermungkinan setelah terdapat salah satu urus niaga yang berkemungkinan dilaksanakan dengan pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun.

Menurut data yang dikeluarkan, jutawan itu telah menjual 12 juta unit saham dalam BFood pada hari yang sama namun Tan masih mengekalkan kepentingan 62% langsung dan tidak langsung dalam BFood.

Pada Ogos, BFood telah mencatatkan keuntungan bersih di paras tertinggi dalam 7 tahun kewangan dan menyatakan dividen satu sen saham bagi memberi ganjaran kepada pemegang saham.

Meneliti kepada laporan tahunan, syarikat itu mempamerkan pretasi terbaiknya pada tahun fiskal 2021 daripada tahun fiskal 2015 yang mana ia telah catat keuntungan bersih sebanyak RM177.57 juta.

Setakat jam 2.30 petang waktu tempatan, harga saham BFood telah merosot 0.49% menjadi RM2.04 dengan mengumpul nilai permodalan pasaran berjumlah RM785.18 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat