Berjaya Food Raih ‘Durian Runtuh’ Setelah Catat Keuntungan Tertinggi 7 Tahun

296

Harga saham Berjaya Food Bhd (BFood) meningkat 7.9% pada hari Khamis selepas syarikat itu mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam 7 tahun kewangan.

BFood telah memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM47.36 bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2021 berbanding kerugian bersih yang dicapai pada sebelum ini sekitar RM19.58 juta.

Manakala bagi pendapatan syarikat juga dilihat mencapai peningkatan sebanyak RM717.27 juta daripada RM632.94 juta.

Pada penutupan pasaran semalam, harga saham BFood ditutup pada paras tertinggi harian pada RM2.06 setelah catat kenaikan sebanyak 15 sen.

Susulan itu, BFood telah memperoleh permodalan pasaran sebanyak RM793 juta dengan 643,300 saham diperdagangkan.

Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Soong Wei Siang melaporkan bahawa pendapatan BFood telah melepasi dari jangkauan yang telah ditetapkan.

Menurutnya, hasil kejayaan tersebut dipacu oleh rasionalisasi perniagaan dan usaha pengoptimuman kos serta penjualan yang kuat didorong oleh saluran alternatif.

Soong mengatakan bahawa RHB dijangka bakal mengekalkan saranan membeli untuk saham BFood dan menaikkan harga sasaran saham (TP) kepada RM2.40 daripada RM2.33.

Penganalisis Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB), Syifaa‘ Mahsuri Ismail menyatakan bahawa catatan keuntungan bersih BFood yang berjumlah RM47.36 adalah diluar jangkaan ramalan HLIB.

Dalam pada masa yang sama, Syifaa‘ Mahsuri berkata HLIB akan meningkatkan saranan membeli untuk saham BFood dan meletakkan sasaran harga kepada RM2.69 berbanding RM2.48.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat