Perkhabaran Dari China Ini Pastinya Menggembirakan Trader Minyak

376

Laporan mengenai rancangan China untuk meningkatkan pembelian minyak mentah Amerika Syarikat pada bulan Ogos dan September telah menyokong dagangan emas hitam pada pembukaan sesi Asia.

Perkhabaran gembira itu hadir menjelang perbincangan antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia untuk membincangkan mengenai perlaksanaan perjanjian perdagangan fasa 1 pada Sabtu lalu.

Walau bagaimanapun, perbincangan tersebut ditangguhkan kepada tarikh baru yang masih belum ditetapkan untuk memberikan lebih masa untuk Beijing memenuhi komitmen pembeliannya.

Pada sesi pasaran Asia, penanda aras minyak mentah Brent meningkat 29 sen kepada $45.09 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula menokok sebanyak 33 sen kepada $42.34 setong.

Di bawah perjanjian fasa pertama, China telah berjanji untuk membeli sehingga $18.5 bilion produk tenaga termasuk minyak mentah dan gas asli melebihi tahap pembelian yang dilakukan pada 2017, menjadikan nilai keseluruhan kepada $25 bilion untuk tahun ini.

Namun begitu, disebabkan terkesan oleh krisis pandemik Covid-19 yang melanda, Beijing hanya dapat melakukan pembelian hanya $2.06 bilion sahaja.

Rentetan daripada itu, pada Jumaat, syarikat minyak yang dimiliki China dilaporkan telah mengarahkan kapal tangki untuk mengangkut sekurang-kurangnya 20 juta tong minyak mentah AS untuk bulan Ogos dan September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat