Ahlijawatankuasa Dasar Monetari Bank Pusat China, Fan Gang berpendapat bahawa China memerlukan cukai hartanah bagi merapatkan jurang yang terlalu besar antara golongan kaya dan miskin.
Cukai ini dikatakan lewat dikuatkuasakan di seluruh China berikutan dasar yang kurang jelas mengenai pengendalian cukai diantara kerajaan pusat dan tempatan. Hal ini dijelaskan sendiri oleh Fan kepada kumpulan media kewangan Caixin pada Rabu.
Pada bulan November lalu, harga hartanah di China mula meningkat mendadak dan berpuluh-puluh bandar di China mula mengawal harga daripada melonjak dengan lebih tinggi.
Fan turut mengatakan bahawa cukai harta tidak terkandung di dalam agenda Majlis Negeri sedangkan sudah menjangkau 10 tahun.
Sebelum ini Presiden Xi Jinping pada minggu lepas ada menyebut bahawa cukai boleh menangani spekulasi dalam pasaran.
Menurut Caixin, Fan berkata, jika China tidak memperkenalkan cukai harta dan keuntungan modal, pelonggran jurang di antara China dan miskin tidak dapat dirapatkan.
Ada Kejutan dari Data Simpanan Minyak Mentah yang Anda Perlu Tahu Segera!