Permainan ‘Geng Paus’ Semakin Agresif, MicroStrategy Tambah Lagi Lebih 4000 BTC!

767

Harga Bitcoin pada minggu ini dilihat mula melakukan kejatuhan sedikit selepas gagal untuk mengekalkan paras $47,000 yang menjadi paras rintangan sebelum ini dan hal ini menyebabkan ia jatuh ke paras harga $45,000. Walaupun begitu, kebanyakan altcoin tidak menunjukkan perubahan yang ketara pada hari ini, waima Dogecoin kembali mengganas dengan harganya melonjak sebanyak 5% ke paras harga $0.15.

Kejatuhan harga pada ketika ini, sebahagiannya melihat ia merupakan satu peluang untuk menambah pegangan matawang kripto. ‘Kelompok Ikan Paus’ dilihat tidak menunjukkan tanda-tanda untuk mudur dalam pelaburan pasaran kripto. Microstrategy yang merupakan syarikat teknologi yang diterajui oleh Michael Saylor merupakan salah satu dari kumpulan ini yang memilih untuk memborong dengan lebih banyak.

Berdasarkan kenyataan terbaru daripada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Michae Saylor, dilaporkan bahawa MicroStrategy membeli sejumlah $190 juta nilai BTC yang bersamaan 4,167 unit Bitcoin pada harga purata $45,714.

Jika dihitung secara keseluruhan, syarikat tersebut kini telah memiliki sejumlah 129,218 bitcoin yang bernilai hampir $4 bilion. Ini bersamaan dengan harga purata pemerolehan kira-kira $30,700.

Sebelum ini Michael Saylor dalam salah satu kenyataan menyatakan bahawa “pihak kami akan terus mengambil peluang untuk meningkatkan modal tambahan dalam melaksanakan strategi bitcoin yang telah disusun”.

Saylor, yang terkenal kehilangan $6 bilion dalam satu hari semasa kemuncak gelembung dot-com berazam tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama. Pelaburan kripto yang menjadi salah satu faktor telah mendorong saham syarikat Microstrategy meningkat lebih tinggi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat