Permintaan Sarung Tangan Getah Meningkat, Supermax Catat Keuntungan Berganda

553

Supermax Corp Bhd mencatatkan keuntungan bersih pada suku ketiga yang melonjak 106.9% kepada RM72.34 juta.

Pagi ini dilaporkan Top Glove Corp Bhd berada di paras tertinggi Bursa Malaysia dengan nilai saham mencatatkan peningkatan RM1.36 atau 12.59%. Manakala pada tengah hari, Top Glove didagangkan dengan RM1 atau 9.26% lebih tinggi pada harga RM11.80.

Empat syarikat sarung tangan getah yang lain turut tidak ketinggalan mencatatkan peningkatan yang mendadak apabila saham bagi Supermax meningkat 64 sen atau 13.94% kepada RM5.23. Kossan Rubber Industries Bhd meningkat 57 sen atau 7.4% kepada RM8.27. Manakala Hartalega Holdings Bhd didagangkan 54 sen atau 5.73% tinggi pada harga RM9.95.

Comfort Gloves Bhd mencatatkan peningkatan sebanyak 33 sen atau 13.31% kepada RM2.81 dan Rubberex Corp Bhd meningkat 20 sen atau 10.2% kepada RM2.16. Peningkatan ini membuatkan kedua-dua syarikat tersebut berjaya menyertai senarai teratas Bursa pada hari ini.

Berbeza pula bagi Adventa Bhd dan Careplus Group Bhd apabila harga saham mereka masing-masing didagangkan 2.78% dan 5.26% kepada RM1.10 dan RM1.

Kedudukan harga yang kukuh pada hari ini berjaya meletakkan Top Glove, Supermax, Kossan, Hartalega dan Comfort Gloves dengan rekod dagangan tertinggi. Price-to-earnings ratio (PER) bagi kelima-lima syarikat ini dianggarkan 47 hingga 80 kali.

Ketua kajian Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee mengandaikan pembelian ini akan kekal di paras tertinggi, dengan pertumbuhan sekurang-kurangnya 50% hingga 70%. Namun, buat masa sekarang peluang dagangan untuk jangka masa pendek masih wujud.

Mungkin juga akan berlaku pendapat negatif bagi syarikat sarung tangan untuk beberapa suku akan datang memandangkan penganalisis tidak nampak sebarang risiko. Pendapatan positif untuk suku akan datang akan menjadi faktor untuk menilai semula sektor ini lebih jauh.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat