Permulaan Baru, PM Johnson Lancar Skim Ekonomi Baru Untuk UK

214

Perdana Menteri UK, Boris Johnson telah melancarkan pelan ekonomi baharu dalam usaha untuk meraih semula sokongan rakyat setelah beliau hampir kehilangan jawatannya susulan undi percaya pada awal minggu ini.

Skim ‘benefits to bricks’ diperkenalkan bertujuan untuk menangani penurunan kadar pemilikan rumah, terutamanya di kalangan golongan muda memandangkan kos perumahan yang meningkat berbanding pendapatan.

Selain itu, beliau juga berjanji untuk melanjutkan skim yang membolehkan penyewa sosial membeli rumah mereka, selain turut merancang untuk melancarkan kajian semula pasaran gadai janji untuk meningkatkan akses kepada gadai janji deposit rendah.

Bagaimanapun, pengkritik mengatakan cadangan itu tidak boleh dilaksanakan kerana akan memburukkan lagi krisis perumahan.

Sementara itu, PM Johnson juga menjanjikan lebih banyak bantuan untuk mengurangkan peningkatan kos sara hidup dan menangani inflasi yang kini di paras tertinggi 40 tahun.

Boris Johnson baru-baru ini nyaris kehilangan jawatannya sebagai perdana menteri UK susulan undi percaya yang dicetuskan oleh ahli parlimennya sendiri, di tengah-tengah kemarahan terhadap pelanggaran peraturan Covid-19 di Downing Street ketika negara itu melaksanakan perintah berkurung pada tahun 2020 dan 2021.

Namun, beliau bernasib baik kerana 59% daripada parlimen masih menyokong kepimpinannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat