Permulaan Dagangan Yang Lemah Buat USD, Loonie Pula Mengukuh Selepas Harga Minyak Mentah Melonjak

596

Matawang dolar Amerika Syarikat diniagakan lemah pada dagangan Isnin berbanding matawang utama yang lain selepas pengukuhan pada data ekonomi mengurangkan kebimbangan pasaran terhadap pertumbuhan ekonomi global sekaligus mengurangkan permintaan terhadap posisi safe-haven greenback.

Kelemahan USD terus bersambung pada awal dagangan hari ini pula turut terkesan pada matawang komoditi seperti dolar Kanada dan Australia disokong oleh peningkatan pada harga minyak mentah.

USD sebelum ini turut dibebani oleh penurunan pada data pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat pada Februari sementara pada minggu ini, pelabur turut berwaspada menantikan bacaan data inflasi dan juga minit mesyuarat FOMC yang lalu.

Matawang Euro pula menunjukkan lantunan harga pada dagangan Isnin dengan para pelabur mula mengambil posisi awal menjelang mesyuarat bank pusat Eropah minggu ini. Tiada perubahan pada polisi dijangkakan pada mesyuarat kali ini namun, ulasan susulan pada persidangan selepas itu akan menjadi tumpuan.

Dagangan Pound Sterling pula didagangkan berisiko berikutan keresahan pelabur terhadap rundingan Brexit di London melibatkan Perdana Menteri Britain, Theresa May dan Parti Buruh.

Britain dijadualkan meninggalkan Kesatuan Eropah pada Jumaat ini tetapi Theresa May sedang berusaha untuk mendapatkan kerjasama bersama Ketua Parti Buruh, Jeremy Corbyn bagi meyakinkan para pemimpin dalam Kesatuan Eropah terhadap isu Brexit pada persidangan yang bakal diadakan pada Rabu.

Kerjasama yang dicapai bakal menyokong permintaan untuk penangguhan Brexit sehingga penghujung Jun nanti. BBC melaporkan Theresa May berkemungkinan akan menawarkan untuk kekal berada dalam pembentukan gabungan baru yang tetap dalam Kesatuan Eropah untuk memenangi sokongan Parti Buruh.

Dolar Kanada melonjak kukuh pada dagangan semalam selepas harga minyak mentah meningkat ke paras tertinggi lima bulan dengan jangkaan bekalan minyak global akan semakin terhad berikutan ketegangan yang berlaku di Libya, pengurangan pada bekalan minyak oleh OPEC dan juga sekatan Amerika Syarikat terhadap Iran dan Venezuela.

Dapat dilihat dagangan Loonie semalam berjaya mengukuh berbanding matawang utama yang lain ekoran faktor minyak mentah sebagai eksport utama Kanada.

Terus ikuti perkembangan isu semasa dalam pasaran bagi memantau pasaran kewangan dan membantu anda merancang strategi dagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat