Permulaan Pasaran Yang Menggusarkan, Safe Haven Jadi Pilihan?

905

Pada hari ini pasaran dikejutkan dengan berita Evergrande, firma hartanah kedua terbesar di China yang telah membenam saham di pasaran Asia ke lautan merah dan meningkatkan kebimbangan pasaran bahawa masalah kewangan yang dihadapi syarikat itu akan membawa krisis lebih besar kepada pertumbuhan global.

Dengan menanggung hutang $300 bilion, Evergrande mengatakan ia akan mula membayar pelabur dengan hartanah yang menyebabkan penjualan besar-besaran oleh pemaju lain dan pemberi pinjamannya.

Hal ini telah memberi kesan kepada matawang yuan yang susut ke paras terendah hampir tiga minggu. Perkara yang sama juga menimpa matawang berisiko dan komoditi kerana kebimbangan isu Evergrande. Walaubagaimanapun, matawang safe haven telah mendapat dorongan.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama catat pengukuhan sebelum susut pada pembukaan pasaran di paras dagangan 93.117. Matawang yen pula mengukuh 0.2% kepada paras dagangan 109.72.

Matawang sterling yang berkorelasi dengan sentimen risiko yang lebih luas, susut 0.5% ke paras terendah empat minggu pada $ 1.3662.

Menurut penganalisis, pasaran kewangan memulakan minggu ini dengan keadaan yang berjaga-jaga terutama laporan Evergrande dan mesyuarat FOMC.

“Hari ini juga menyaksikan pilihan raya Kanada, di mana kegagalan untuk mendapatkan keputusan yang jelas akan mendorong CAD untuk susut lebih lanjut.

Di antara bank pusat utama yang lain, Bank of England dijangka tidak akan melakukan perubahan dasar. Pelabur akan terus memberi tumpuan pada indikasi yang bakal dihadirkan oleh bank pusat.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat