Persatuan Perdagangan Kripto Ambil Tindakan ‘Serang’ SEC!

331

“Kali ni terbalik pula situasi, SEC pula yang berdepan tindakan sebab selalu cari salah dalam pasaran kripto.”

Persatuan perdagangan mata wang kripto digelar Chamber of Digital Commerce (CDC) mengambil tindakan terhadap Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) dan Pengerusi Gary Gensler susulan mengancam pasaran termasuk pelabur melalui kempennya.

Demi menghalang SEC daripada melakukan tindakan agresif terhadap kripto di AS, CDC memfailkan taklimat amicus* terhadap kes antara SEC-Wahi kerana mereka secara tidak adil melabelkan beberapa aset digital sebagai sekuriti.

*Hujah bertulis difailkan oleh seseorang atau kumpulan yang bukan pihak dalam pertuduhan itu, tetapi mempunyai kepentingan penting dalam perkara tersebut

Menurut pengumuman rasmi, tujuan CDC memfailkan taklimat amicus di Mahkamah Daerah AS untuk Daerah Barat Washington adalah bagi menolak kes SEC-Wahi dan tamatkan percubaan SEC yang ingin laksanakan peraturan sendiri.

Sementara CDC turut mempersoalkan skop bidang kuasa SEC terhadap kripto dalam menentukan sama ada pasaran sekunder aset digital harus dianggap sebagai urus niaga sekuriti dalam Akta Sekuriti 1933 dan Akta Bursa Sekuriti 1934.

Hal ini kerana SEC dan pengawal selia lain tetap meneruskan tindakan undang-undang dan aktiviti penguatkuasaan terhadap kripto walaupun tidak memiliki sebarang kelulusan oleh Kongres AS.

Menurut Perianne Boring, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CDC berkata bahawa sebelum ini kes seperti SEC-Wahi tidak pernah berlaku, di mana SEC didapati mengancam pasaran AS semata-mata disebabkan aset digital.

Beberapa penyokong aset digital seperti Coinbase, Paxos Trust Company dan CDC telah bersetuju melawan bidang kuasa SEC yang telah memulakan kempen tindakan keras kawal selia terhadap pasaran kripto.

Dalam pada itu, Ripple (XRP) dan Grayscale juga membuat tindakan undang-undang terhadap SEC yang telah menukar Grayscale Bitcoin Trust (GBTC) kepada spot Bitcoin ETF.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat