Pertemuan Penting Tumpuan Pasaran Hari Ini : Juncker & Trump

854

Jika Amerika Syarikat mengenakan tariff terhadap produk automobil Eropah, Suruhanjaya Eropah (EU) dijangka akan menyenaraikan produk dari A.S. yang akan dikenakan cukai import. Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker akan bertemu dengan Presiden Trump pada Rabu dalam usaha untuk mengelak perang-dagang antara kedua-dua wilayah.

Kesatuan Eropah berkata pada Rabu bahawa mereka sedang bersedia untuk membalas tariff yang dikenakan oleh Amerika terhadap industri automotif Eropah.

Pesuruhjaya dagangan Eropah, Cecilia Malmstrom berkata bahawa beliau berharap Juncker akan dapat mengelakkan produk automobil Eropah daripada tariff A.S. Jika tidak, Eropah terpaksa membalas dengan tariff berjumlah $20 billion terhadap produk dari Amerika Syarikat.

Dengan ketidaktentuan pertemuan Juncker-Trump sebahagian besar pasaran dalam keadaan berhati-hati dengan ‘major-pair’ bergerak dalam julat yang kecil sejak sesi Asia.

Rundingan antara Juncker-Trump dibuat selepas Amerika Syarikat mengenakan cukai import terhadap keluli dan aluminium dari Eropah. Trump sebelum ini juga berkata akan menambah tariff terhadap EU khususnya produk automobil.

“Risiko masih menunjukkan kecenderungan retorik yang keras daripada Presiden Trump,” kata Chris Turner ketua strategi matawang di ING London.

Dengan tariff terhadap automobil telah diketahui secara umum oleh pasaran, sebarang perkembangan positif pada hari ini terhadap perkara itu tidak cukup untuk membawa sentimen kepada Risk-On. Ia memerlukan perkembangan positif dalam aspek perdagangan yang lebih besar antara Eropah dan Amerika bagi mencetuskan sentimen Risk-On yang lebih besar dalam pasaran global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat