Pertemuan Putin & Jinping Boleh Buat BTC Merana! – Peguam XRP

392

“Betul ke lepas ni pentadbiran AS akan sentiasa bercakap buruk pasal BTC?”

Sudah sedia maklum harga ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) berjaya mencapai $28,000 dalam tempoh sembilan bulan apabila pelabur mula berpandangan aset digital tersebut sudah berada dalam pergerakan bullish.

Namun, spekulasi mengenai sistem pembayaran antarabangsa telah merebak semasa Presiden China Xi Jinping membuat lawatan ke Rusia untuk berbincang tentang risiko terhadap status dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai mata wang rizab dunia susulan krisis perbankan.

Dilaporkan, pertemuan antara Xi Jinping dan Presiden Rusia Vladimir Putin adalah untuk membincangkan perubahan yang tidak akan dilihat dalam 100 tahun.

Umum mengetahui bahawa perjumpaan antara kedua-dua pemimpin tersebut berlaku ketika terdapat khabar yang menyebut dolar AS telah kehilangan kekuatannya dalam pasaran global.

Rentetan itu, peguam Ripple (XRP) John Deaton berkata bahawa mesyuarat Xi Jinping dan Putin akan mengetatkan lagi usaha pentadbiran AS terhadap BTC dan aset digital lain.

Perkara berikut berupaya mengakibatkan pentadbiran semasa memberi tekanan lebih agresif terhadap pasaran kripto susulan risau akan status dolar sebagai mata wang rizab dunia.

Secara konteks, Rusia telah terasing daripada sistem kewangan antarabangsa yang sebagian besarnya dikuasai oleh dolar disebabkan pencerobohan negara tersebut ke atas Ukraine.

Oleh demikian, rakyat Rusia terpaksa bergantung pada kripto dan mata wang Yuan China untuk pembayaran rentas sempadan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat