Pertikai Undi Melalui Pos, Trump Disaman!

257

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berdepan tuntutan saman daripada 3 negeri berhubung perubahan yang berlaku terhadap US Postal Service (USPS) menjelang pilihan raya Presiden pada November.

Lapor BBC, tuntutan itu yang dibuat oleh Hawaii, New Jersey dan New York mendakwa ‘campur tangan golongan partisan’ telah melambatkan proses penghantaran dan berkemungkinan boleh menjejaskan pelan pilihan raya.

Dokumen tuntutan itu menyatakan Trump berulang kali dan secara terbuka merendahkan kredibiliti undi melalui pos.

Minggu lalu, peguam awam negeri Maryland berkata lebih berpuluh negeri sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pentadbiran Trump.

Sebelum ini, parti Demokrat mendakwa ketua USPS yang dilantik oleh Trump, cuba untuk melakukan sabotaj terhadap pilihan raya dengan melaksanakan beberapa perubahan.

Bagaimanapun, ketua USPS terbabit, Louis DeJoy menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan semua kertas undi akan sampai pada masa yang ditetapkan dan mengumumkan perubahan itu akan ditangguhkan sehingga pilihan raya tamat.

Jumlah pengundi yang mengundi melalui pos dijangka meningkat tahun ini susulan penularan wabak Covid-19.

Trump sebelum ini berulang kali mendakwa undi melalui pos akan menyebabkan berlakunya penipuan namun kenyataan itu dinafikan oleh pakar politik dan pegawai pengundian.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat