Pertumbuhan Ekonomi US Meningkat 3.2% Pada Suku Ketiga

43

Sebentar tadi pukul 9.30 malam data KDNK US telah dikeluarkan oleh Biro Analisis Ekonomi US. Data menunjukkan pertumbuhan KDNK sebanyak 3.2% berbanding bacaan sebelum ini yang dikeluarkan Ogos lepas yang mencatatkan bacaan 2.9%, manakala jangkaan penganalisis pada bacaan kali ini ialah 3.0%.

Terdapat peningkatan dalam kajian semula data dalam personal consumption expenditure (PCE) yang mana diseimbangkan oleh penyusutan data non-residential fixed investment and inventories.

PCE atau perbelanjaan penggunaan peribadi yang dikaji semula meningkat 2.8% berbanding kiraan pertama sebanyak 2.1% dengan peningkatan kukuh barangan dan perkhidmatan.

Pelaburan keseluruhan meningkat 2.1% pada suku ketiga ini berbanding kiraan pertama sebanyak 3.1%. Perbelanjaan modal melonjak walaupun terdapat kelemahan dalam perbelanjaan peralatan yang merosot sejak empat suku yang lepas.

Manakala eksport bersih memberikan sumbangan positif kepada data kali ini, yang mana perbelanjaan kerajaan juga meningkat sebanyak 0.2%

Dalam bacaan indeks harga KDNK pula merosot sebanyak 1.4% berbanding kiraan pertama 1.5% yang akan melembapkan lagi jangkaan inflasi.

Berikutan data positif hari ini, tidak akan ada perubahan dalam jangkaan kenaikan kadar pada Disember dan mungkin akan menambahkan lagi keyakinan pada tahun 2017 walaupun impak keseluruhan masih terhad.

Pun begitu, data positif pada hari ini hanya memberikan impak positif kepada USD dalam 15 minit pertama sahaja. Pada masa artikel ini ditulis Gbp/Usd dan Eur/usd sedang menguat dengan Gbp/Usd sudah naik hampir 50 pip dan Eur/Usd naik 20 pip.

 

Asas Polisi Fiskal dan Kesannya Kepada Ekonomi yang Anda Perlu Tahu

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat