Pertumbuhan Gaji UK Sekali Lagi Mengejutkan Pasaran!

218

Bank of England (BOE) terus berada di bawah tekanan untuk terus melanjutkan kenaikan kadar faedah berikutan peningkatan berterusan dalam pertumbuhan gaji di UK.

Data terbaru yang dikeluarkan Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) pada awal sesi Eropah menunjukkan purata pendapatan (tidak termasuk bonus) meningkat 6.4% dalam tempoh tiga bulan hingga November berbanding setahun sebelumnya.

Menurut ONS, ini adalah peningkatan terbesar yang dicatatkan sejak rekod bermula pada 2001, tidak termasuk kenaikan yang direkodkan ketika Covid melanda.

Sementara itu, kadar pengangguran UK pula kekal pada paras terendah sejak 1974 pada bulan November dengan peningkatan 3.7%, menepati jangkaan pasaran secara meluas. 

Angka-angka ini mencadangkan bahawa pasaran buruh kekal ketat untuk keselesaan di bank pusat, di mana pegawai bimbang inflasi akan lebih sukar untuk diturunkan jika gaji terus meningkat pada kadar semasa.

Tekanan pada taraf hidup telah mencetuskan mogok sejak beberapa bulan kebelakangan ini, apabila pekerja yang melibatkan jururawat, paramedik, pemandu bas dan kakitangan awam mendesak kenaikan gaji untuk mengimbangi inflasi.

BOE kini dijangka akan meningkatkan kadar faedah untuk kali ke-10 berturut-turut pada awal bulan depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat