Pertumbuhan GDP Kanada Melonjak Naik Melebihi Sasaran Pada Bulan Mei

252

Ekonomi Kanada mencatat pertumbuhan lebih daripada jangkaan pada bulan Mei. Ini merupakan peningkatan kali ketiga dalam beberapa bulan berikutan dorongan daripada sektor pembuatan.

Penganalisis menjangkakan GDP Kanada hanya akan mencatat pertumbuhan sebanyak 0.1% pada bulan Mei. Berdasarkan data statistik yang dikeluarkan, 13 daripada 20 sektor berkembang pada bulan Mei dan hal ini telah mendorong pertumbuhan GDP.

Matawang CAD mencatat pengukuhan dan didagangkan pada 1.3135 atau 0.76 US dolar selepas data GDP dikeluarkan.

Data ekonomi Kanada terkini dikeluarkan pada hari yang sama the Fed dijadualkan akan mengumumkan keputusan kadar faedah dengan jangkaan bahawa kadar faedah akan diturunkan.

Bank pusat Kanada telah mengekalkan kadar faedah sejak Oktober 2018. Berdasarkan data lepas dan terkini, bank pusat Kanada dijangka tidak akan melakukan tindakan drastik pada tahun ini.

Menurut pakar ekonomi RBC Economics Research, Josh Nye, pertumbuhan ekonomi yang kukuh sejak beberapa bulan lepas adalah sebab mengapa bahawa bank pusat Kanada mengekalkan polisi mereka pada peringkat neutral walaupun the Fed dijangka akan menurunkan kadar.

Data sektor pembuatan bahan tahan lama mencatat peningkatan sebanyak 2.3% pada bulan Mei. Manakala Sektor pembinaan sedikit jatuh iaitu sebanyak 0.8% selepas mencatat pertumbuhan 5.5% pada bulan Mei.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat