Pertumbuhan GDP Kanada Melonjak Naik Melebihi Sasaran Pada Suku Kedua!

269

Dagangan dolar CAD pada minggu ini digerakkan oleh turun naik harga minyak mentah yang agak tidak stabil ekoran perubahan kerap pada sentimen perang dagang AS-China. Perhatian pasaran kini tertumpu pada data GDP Kanada. Laporan terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Kanada menunjukkan ekonomi Kanada pada suku kedua berkembang dengan kukuh, melangkaui jangkaan penganalisis.

Ekonomi Kanada telah berkembang sebanyak 3.7% pada suku kedua. Bacaan yang jauh lebih tinggi daripada apa yang dijangkakan oleh Bank Pusat Kanada. Bank pusat menjangkakan bahawa ekonomi Kanada hanya akan berkembang pada kadar 2.3% pada suku kedua.

Pada hari ini juga, Jabatan Perangkaan Kanada telah mengubah semula bacaan GDP suku pertama daripada 0.4% kepada 0.5%. Pertumbuhan GDP Kanada pada suku kedua telah mengatasi bacaan GDP rakan dagang terbesar mereka iaitu Amerika Syarikat yang hanya mencatat pertumbuhan pada 2.0%.

Menurut pakar statistik, barangan eksport melonjak naik sebanyak 3.7% pada suku kedua yang didorong oleh peningkatan eksport sektor tenaga, pertanian, produk perikanan dan barangan bukan logam. Selain itu, eksport perkhidmatan juga mencatat peningkatan. Walaubagaimanapun, pelaburan perniagaan jatuh sebanyak 1.6% dan perbelanjaan pengguna jatuh kepada 0.1%.

Matawang Kanada didagangkan kukuh berbanding US dolar dengan peningkatan sebanyak 0.20% pada paras 0.7539 setakat jam 9.55 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat