Pertumbuhan GDP Kanada Melonjak Naik Pada Bulan November!

355

Jabatan Statistik Kanada baru sahaja mengeluarkan laporan bahawa kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar atau GDP benar dilaporkan meningkat 0.1% pada bulan November,secara tidak langsung menghapuskan penurunan yang dialami pada bulan Oktober.

Para pakar ekonomi secara purata tidak menjangkakan pertumbuhan pada bulan November. Justeru data yang dikeluarkan ini telah melebihi jangkaan pasaran.

Menurut Jabatan Statistik Kanada, industri penghasilan barangan meningkat sebanyak 0.1% selepas jatuh pada bulan September dan Oktober, manakala industri penghasilan perkhidmatan juga naik 0.1%.

Sebanyak 15 daripada 20 sektor perindustrian telah mencatat peningkatan dan secara tidak langsung mengimbangi penurunan dalam sektor perlombongan, minyak dan gas serta pengangkutan dan pergudangan.

Cuaca sejuk di Kanada telah membantuk sektor utiliti naik 2.1 peratus pada bulan November, manakala sektor pembinaan meningkat 0.5%. Perdagangan runcit catat peningkatan 0.5% bagi bulan tersebut. Disisi lain sektor perlombongan, minyak dan gas jatuh sebanyak 1.4% pada bulan November.

Pengukuhan matawang US dolar berbanding dolar Kanada terbatas susulan laporan ini dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat