Pertumbuhan UK Ternyata Lebih Kuat Pada Suku Kedua

340

Ekonomi UK berkembang dengan lebih cepat daripada dijangkakan pada suku kedua, membuktikan pertumbuhan kembali dicatatkan ketika lebih banyak sekatan coronavirus dihapuskan.

Menurut bacaan yang disemak semula oleh Pejabat Statistik Negara (ONS) UK, ekonomi meningkat 5.5% dalam tempoh April hingga Jun berbanding anggaran awal yang dicatatkan pada 4.8%.

Antara faktor utama yang menyokong pertumbuhan ini adalah peningkatan dalam penggunaan isi rumah dengan kenaikan 4% susulan pelonggaran sekatan coronavirus yang dilaksanakan.

Sementara itu, dari segi pengeluaran, penyumbang terbesar pengembangan ini adalah dari aktiviti perdagangan borong dan runcit, penginapan dan perkhidmatan makanan, pendidikan dan kesihatan serta kegiatan kerja sosial.

Secara tahunan, ekonomi dilaporkan berkembang 23.6%, juga lebih tinggi daripada anggaran awal 22.2%. Tahap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semasa adalah 3.3% di bawah tahap pra-pandemik.

Walaupun begitu, reaksi awal yang dipamerkan oleh pound sterling dilihat kurang memberangsangkan memandangkan matawang itu masih menerima tekanan dari matawang gergasi USD yang kuat.

Ketika penulisan, matawang pound diperdagangkan di sekitar harga 1.34500 berbanding US dolar, tahap paling rendah yang pernah dicatatkan sejak Disember 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat