Perubahan Drastik Hubungan Perdagangan Oleh Trump Menambah Luka Buat US Dollar

65

US Dollar menjadi semakin lemah ke paras terendah dalam tempoh dua bulan berikutan kebimbangan terhadap perubahan drastik terhadap perdagangan global oleh Presiden Donald Trump. Kebanyakan pelabur bertambah runsing mengenai prospek hala tuju import dan eksport.

US Dollar Index, yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding sekumpulan matawang yang lain dinilai merosot sebanyak 0.81 peratus kepada 99.95, kali pertama menjunam ke bawah nilai 100 sejak pertengahan November lalu.

USD/JPY meningkat sedikit sebanyak 0.10 peratus, manakala AUD/USD merosot sebanyak 0.03 peratus.

AUD/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

Menurut Ketua Penganalisis Pasaran di ThinkMarkets, Naeem Aslam, dalam satu nota pada Selasa, kebanyakan pelabur bimbang terhadap dasar perlindungan yang dibawakan oleh Trump. Dalam masa yang sama, mereka mengharapkan polisi cukai beliau boleh menyelamatkan keadaan.

Semalam, US Dollar menjunam pada Isnin berikutan perubahan mendadak yang dilaksanakan oleh Trump terhadap aktiviti perdagangan termasuk kenaikan cukai sempadan yang berpotensi dikenakan tarif import.

Trump sebelum ini dikatakan akan mengenakan cukai sempadan ke atas syarikat yang mengimport produk ke Amerika Syarikat dan mengumumkan bahawa Amerika Syarikat menarik diri dari perjanjian TPP.

Kemudian, Trump dijadual akan memulakan rundingan dengan Mexico dan Kanada pada Ahad mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA).

Pasaran kekal dalam sentimen negatif gara-gara ketidaktentuan dasar Trump yang akan dibawa oleh Trump pada masa akan datang.

 

TPP : Trump Sahkan Amerika Syarikat akan Tarik Diri dan Menyifatkan Perjanjian Ini Tidak Masuk Akal!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat