TPP : Trump Sahkan Amerika Syarikat akan Tarik Diri dan Menyifatkan Perjanjian Ini Tidak Masuk Akal!

113

Presiden Donald Trump menandatangani Perintah Eksekutif secara rasmi untuk menarik Amerika Syarikat keluar dari perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) pada Isnin, sekali gus menunaikan janji beliau sewaktu kempen yang lepas.

Mengulas lanjut mengenai keputusan ini, Trump berkata, beliau akan mendapatkan tawaran baru secara one-on-one dengan negara yang membenarkan AS mengikat perjanjian hanya dalam tempoh 30 hari.

Beliau juga mengatakan bahawa perjanjian tidak masuk akal ini perlu dihentikan segera demi mengembalikan semula pekerjaan dan syarikat milik Amerika Syarikat. Pemimpin Republikan ini mengeluarkan kenyataan demikian ketika bertemu dengan pemimpin-pemimpin kesatuan di White House.

TPP sebelum ini yang kebanyakannya disokong oleh perniagaan dari Amerika Syarikat telah memulakan rundingan sewaktu pemerintahan bekas Presiden, Barack Obama. Namun, perjanjian ini tidak pernah mendapat kelulusan Kongres. Perjanjian ini menjadi tonggak utama ekonomi sewaktu pemerintahan beliau ke seluruh rantau Asia-Pasifik demi mengurangkan penguasaan China.

Tindakan ini mencetuskan kebimbangan di Jepun dan kebanyakan tempat lain di rantau Asia-Pasifik sementara meminta sekutu AS membayar lebih bagi tujuan perlindungan keselamatan.

Dalam masa yang sama, Trump turut menandatangani perintah membekukan pengambilan pekerjaan persekutuan dan mengharamkan pertubuhan bukan kerajaan untuk mendapat pembiayaan persekutuan untuk membiayai penganggur di luar negara.

Taro Aso : Ekonomi Jepun Pulih Semula Pada Tahun 2017

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat