Taro Aso: Ekonomi Jepun Pulih Semula Pada 2017

140

Ekonomi Jepun masih di dalam trek yang betul untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang kukuh tahun ini, walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi dan politik global. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Menteri Kewangan Jepun Taro Aso.

Jangkaan itu adalah berdasarkan, bajet fiskal pada 2017 yang akan mencapai matlamat pemulihan ekonomi dan memperbaiki keadaan semasa fiskal di Jepun.

Data perindustrian terbaru menunjukkan tren yang memberangsangkan oleh ekonomi ketiga terbesar dunia ini, khususnya pada akhir 2016. Pengeluaran industri meningkat 1.5% kurang sedikit daripada jangkaan pertumbuhan 1.6%.

Dari segi perbelanjaan pengguna, petunjuk ini menjadi perlahan sejak Shinzo Abe meningkatkan ‘cukai perbelanjaan’ pada 2014 dan kini kerajaan Jepun menangguhkan perancangan kenaikan cukai sehingga 2019 bagi mengelakkan perbelanjaan pengguna yang semakin perlahan.

Taro Aso berpendapat, Jepun akan memasuki fasa ‘virtuous cycle‘ dengan keyakinan tinggi dari para penganalisis ekonomi. ‘Virtous cycle‘ adalah pengembangan (expansion) ekonomi dengan peningkatan dari segi produktiviti, export dan pertumbuhan.

Walaupun begitu, isu penting yang sedang dihadapi oleh kerajaan Jepun ialah, bagaimana hendak meningkatkan perbelanjaan di Jepun dengan masalah deflasi yang tidak pernah selesai. Kejatuhan perbelanjaan ini memberi isyarat kepada masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat Jepun seperti pengeluaran ekonomi yang semakin berkurangan dan pasaran buruh kurang memberangsangkan.

Pada Disember, Tokyo mengkaji semula anggaran pertumbuhan pada suku ketiga dari 2.20% kepada 1.30%. Penganalisis ekonomi menyatakan, kajian semula ini berikutan penyusutan perbelanjaan perniagaan dan inventori dalam sektor swasta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat