Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan suntikan modal berjumlah RM7.063 bilion untuk menampung komitmen kewangan syarikat-syarikat yang berada di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).
Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, sebahagian besar dana ini akan digunakan untuk pembayaran hutang dan kupon bagi projek infrastruktur utama negara.
Antara projek yang dibiayai adalah DanaInfra, yang dengan pembayaran sebanyak RM3.4 bilion untuk projek LRT, MRT, dan Lebuhraya Pan – Borneo Sarawak serta RM2.3 bilion untuk sukuk LRT3.
Syarikat Jambatan Kedua Sdn Bhd pula menerima RM1 bilion bagi pembiayaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang kemudian diambil alih oleh syarikat Ocean Sunshine bagi menguruskan projek 5 Littoral Combat Ships (LCS) yang kini sudah mencapai 70% kemajuan.
Kerajaan juga mengambil alih litar Antarabangsa Sepang selepas penstrukturan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), dengan pembayaran secara ansuran mulai 2023 sehingga 2030.