Petanda AS-China Berbaik Semula?

274

Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju untuk menggandakan kekerapan jumlah penerbangan antara syarikat penerbangan yang beroperasi di kedua-dua negara daripada empat kepada lapan kali seminggu.

Sejurus selepas pengumuman itu, syarikat United Airlines memaklumkan mereka akan meningkatkan kekerapan penerbangan daripada dua kepada empat kali seminggu antara San Francisco dan Shanghai.

Sementara itu, Jabatan Pengangkutan AS dalam satu kenyataan berkata, syarikat Delta Air Lines turut meningkatkan kekerapan penerbangan daripada dua kepada empat kali seminggu. Bagaimanapun Delta masih belum memberikan sebarang komen berhubung perkara tersebut.

Tambah kenyataan terbabit, syarikat-syarikat penerbangan seperti Air China 753, China Eastern Airlines, China Southern Airlines dan Xiamen Airlines dibenarkan melakukan lapan kali penerbangan.

Ujar kenyataan itu lagi, Jabatan Pengangkutan mengulangi harapannya agar China akan bersetuju untuk mengembalikan sepenuhnya hak perjanjian syarikat penerbangan AS untuk beroperasi di China tetapi tidak menafikan perjanjian terbaharu itu merupakan langkah yang baik.

Kesepakatan itu menandakan meredakan seketika ketegangan antara kedua-dua negara yang memuncak sejak kebelakangan ini.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat