Petronas Capai RM9 Seunit Dalam Tempoh 2 Tahun

738

Dia naik macam harga minyak dan harap kekal lah.

Harga saham Petronas Chemicals Group Bhd naik 18 sen atau 2.02% pada RM9.08 dalam tempoh 2 tahun pada Rabu 12 Januari ekoran harga minyak mentah yang tinggi dan selepas Pekerja Kumpulan Wang Simpanan (KWSP) meningkatkan kepentingannya dalam syarikat tersebut.

Kali terakhir harga saham Petronas mencecah RM9.08 adalah pada 3 April 2019.

Dalam pada itu, pada sesi dagangan pagi Khamis bertarikh 13 Januari, sahamnya naik 6 sen pada RM9.06 selepas ditutup pada RM9 semalam.

Kenaikan pada harga saham tersebut kemungkinan mengambil petunjuk daripada kenaikan ketara semalaman pada harga minyak mentah sebelum harga komoditi tersebut meneruskan lonjakan.

Sementara itu, pemfailan Bursa oleh Petronas Chemicals pada Selasa, 11 Januari menyatakan KWSP telah menaikkan pegangannya sebanyak 6.806% pada Khamis, 6 Januari seterusnya meningkatkan sentimen ke atas saham Petronas Chemicals.

KWSP telah membuat pembelian bersih sebanyak 580,000 saham Petronas Chemicals pada 6 Januari selepas membeli lebih kurang 1.43 juta saham dan menjual ira-kira 850,000 saham ketika itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat