Petronas Carigali Akan Disenaraikan Di Bursa Malaysia?

526

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhamad dalam satu kenyataannya di ibu pejabat JP Morgan pada Khamis, menyatakan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menyenaraikan salah satu anak syarikat Petronas untuk menarik pelabur ke Bursa Malaysia.

Petronas Carigali yang merupakan sebuah syarikat carigali dan pengeluaran petroleum dilihat berpotensi untuk disenaraikan dalam bursa tempatan.

Menurut beliau, dengan menjual saham Petronas tidak akan memberi manfaat kepada kerajaan kerana kebergantungannya yang tinggi kepada Petronas namun tidak menolak kemungkinan ia akan dipertimbangkan kembali selepas ini.

Dengan penjualan saham anak syarikat pula tidak akan memberi kesan yang banyak kepada Petronas, misalnya Petronas Galicari sering diperkatakan oleh pasaran mengenai penyenaraiannya sebelum ini.

Beliau turut menjelaskan pertanyaan mengenai Khazanah Nasional Berhad yang terus menjual sahamnya dalam syarikat berkaitan kerajaan, bahawa penjualan ini dihadkan oleh kawalan terhadap industri tertentu dan firma yang memberi keuntungan tidak akan dijual.

Dr Mahathir turut mengeluarkan kenyataan berhubung janji kerajaan untuk membayar 20% royalti minyak kepada kerajaan Sabah dan Sarawak bahawa ia tidak akan berhasil kerana dengan angka royalti itu, ia akan menyebabkan Petronas tidak lagi menjadi syarikat minyak antarabangsa seperti sebelum ini.

Kerajaan mempunyai kebergantungan yang tinggi terhadap Petronas memandangkan ia merupakan penyumbang utama kerajaan menerusi dividen dan bayaran cukai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat