PETRONAS, melalui Yayasan PETRONAS, telah menyalurkan sebanyak RM750,000 sumbangan sebagai persediaan menghadapi banjir di tiga negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu, dan Pahang.
Bantuan ini melibatkan 2,500 keluarga dengan setiap keluarga menerima barangan keperluan bernilai RM300 seperti makanan, selimut, dan peralatan mandian.
Menurut Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli, bantuan ini turut merangkumi bahan api untuk agensi penyelamat dalam membantu mangsa banjir.
Beliau berkata, usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen PETRONAS untuk membantu Masyarakat yang terjejas akibat banjir setiap tahun.
Sumbangan ini diharapkan dapat mengurangkan kebimbangan terhadap putusnya bekalan keperluan asas kepada mangsa yang kehilangan tempat tinggal.
Program ini merupakan kolaborasi bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak berkuasa tempatan sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh yang diramalkan membawa hujan lebat berterusan.