Petunjuk Awal Dari Data ADP Ini Buatkan Pasaran Optimis – Ini Sebabnya!

286

Sektor syarikat swasta dilaporkan berjaya menambah lebih banyak bilangan pekerjaan pada bulan Mac. Ini menunjukkan bahawa pengambilan pekerja adalah kukuh walaupun terdapat tanda-tanda bahawa pasaran buruh semakin tertekan.

Jumlah gaji swasta berjaya ditambah sebanyak 455,000 pada bulan Mac sebagaimana yang dilaporkan oleh laporan ADP sebentar tadi. Data ini juga dilihat sejajar dengan ramalan para pakar ekonomi Dow Jones sebanyak 450,000 walaupun angka tersebut adalah terendah sejak Ogos 2021. Jumlah tersebut sedikit kurang daripada bacaan bulan Februari dan sekaligus menjadikan bacaan ADP suku pertama berjumlah 1.45 juta.

Laporan ini dikeluarkan dua hari sebelum data NFP dikeluarkan dengan Biro Statistik Buruh dijangka menunjukkan pertumbuhan pekerjaan sebanyak 490,000 untuk bulan Mac. Harus dimaklumi bahawa data ADP dan NFP boleh berbeza secara meluas, seperti yang berlaku pada bulan Februari apabila kiraan firma adalah kira-kira 200,000 di bawah pengiraan rasmi kerajaan.

Laporan ADP untuk Mac menunjukkan bahawa pengambilan pekerja teragih sama rata di seluruh sektor, dengan sektor rekreasi dan hospitaliti menambah 161,000 pekerjaan. Perkhidmatan pendidikan dan kesihatan pula menyumbang 72,000 pekerjaan manakala perkhidmatan profesional dan perniagaan seterusnya dengan 61,000 pekerjaan baharu.

Menurut ketua ekonomi ADP, Nela Richardson, bahawa sektor perkhidmatan telah mengambil ramai pekerja kerana kebanyakkan telah mula pulih dari impak pandemik Covid-19. “Bagaimanapun, bekalan buruh yang ketat kekal sebagai penghalang untuk pertumbuhan berterusan dalam industri yang dihadapi pengguna.”

Disis lain, berlakunya situasi pekerja terus meninggalkan pekerjaan mereka untuk mencari peluang yang lebih baik dengan 4.3 juta orang telah meletak jawatan. Laporan pada hari Jmaat ini dijangka bahawa kadar pengangguran menguncup lagi, kepada 3.7%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat